Monday, May 9, 2011

KHUTBAH NABI MENGENAI DAJJAL

Assalamualaikum..aku dpt ni dari seorang kwan aku..aku juz nk brkongsi..renung2kan lah..semoga Allah melindungi kite sume..;)


Dari Abu Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata : "Rasulullah S.A.W telah brkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh tentang Dajjal. Baginda telah bersabda : "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi ini yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal". Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang pada ketika aku masih bersama kamu, maka aku adalah pembela bagi setiap mukmin. Tetapi jika dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang akan menjaga diri masing2. Dan sesungguhnya Allah SWT akan menjaga orang2 mukmin..


"Dajjal itu akan datang dari suatu tempat antara Syam da Irak. Dan akan mempengaruhi manusia dengan cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah iman kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.


"Pada mulanya nanti Dajjal akan mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,sesungguhnya tiada lagi nabi sesudahku. Setelah itu nanti dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan. Ingatlah, sesungguhnya Tuhan yang benar tidak akan kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga diantara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin walaupun buta huruf.


"Diantara fitnah Dajjal juga adalah dia membawa syurga dan neraka. Dimana neraka itu adalah syurganya sedangkan syurga adalah nerakanya, yakni panas. Sesiapa yang diseksa didalam nerakanya hendaklah membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.


"Di antara tipu dayanya. Dia akan berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidukan semula ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu??" Orang arab itu akan berkata "Tentu". Maka muncul syaitan yang menyerupai ayah atau ibunya. Rupanya, sifatnya malah suaranya pun sama. Ibu bapanya akan berkata " Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."


"Di antara tipu dayanya lagi. Dia menipui seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dikatakan kepada prang ramai : "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian LAKNATULLAH ALAIH itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu yang kebetulan orang beriman, menjawab : "Tuhanku adalah Allah, sedangkan kau adalah musuh Allah."



4 comments:

Eien Mohmad said...

ENTRY panjangggg! loikeeee (:

Topek said...

hahaha..
bca x??

Eien Mohmad said...

baca laaa. bukan cam abg pemalas ! ;D

Topek said...

hahaha..
bkn mls...
jimat masa je..
hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...