Thursday, August 25, 2011

AIDILFITRI MENJELANG !! :D


Assalamualaikum...
Saya Mohd Taufiq bin Abdul Halim..
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia yang bakal kita sambut pada 30hb Ogos 2011 InsyaAllah...
Saya menyusun 20 jari termasuk jari kaki memohon ribuan jutaan ratusanjutaan kemaafan skiranya ada :-

-Terasa kat mana2
- Terhantuk kat kepala
-Tercubit kat peha
-Terpekik kat telinga
-Terpukul suka2
-Terpanggil tanpa nama
-Hilang tanpa bicara
dan sebagainya

Semua tu saya lakukan tanpa saya sedar...
Harap diampunkan..
kite sama2 Islam maaaa...
Apa mau gado2...
Bersatu teguh bercerai Roboh...
Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh keceriaan tanpa menyimpan apa2 rasa dendam...
ok nk bersiap balik Ampang...:D
Assalamualaikum....


7 Sifat Syaitan Yang Boleh Dicontohi



Syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya sangat benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, pada sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut dicontohi. Lets Cekidaut!!


1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.


2. Kreatif
Syaitan akan mencari cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin seronok saja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh merugikan orang lain. Yang Haram dianggap menjadi hal yang wajar (Halal).


3. Konsisten
Syaitan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh perihal pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.


4. Bekerjasama
Sesama syaitan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.


5. Genius
Syaitan paling pintar otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat, tidak mahu mencipta idea-idea baru.


6. Tanpa Merintih
Syaitan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia tidak akan melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran. Seharusnya bukanlah hal yang terpenting dalam hidup ini! Harusnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.


7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois. Manusia dalam mengerjakan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerjasama dengan orang lain.


Sifat jahat syaitan memang hendaknya JANGAN SESEKALI ditiru! Tapi tidaklah dosa jika kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang boleh berguna bagi kebaikan diri kita dan sesama manusia..:D

Wednesday, August 24, 2011

10 PEMAIN CATUR WANITA TERCANTIK

Alahai...comeynyeeeee.....:) Nak men chest ngan dorang bley tak...kalah pon takpe la...tapi nak men lame2...kalah banyak kali pon tak kesah...serius...:D

1) Bosnia Herzegovina - Sanja Dedijer

2) Slovenia - Vesna Rozic

3) Russia - Alexandra Kosteniuk

4) UAE - Mariam Mansur

5) Indonesia - Irene Kharisma

6) Slovakia - Regina Pokorna

7) Peru - Ingrid Aliaga

8) Argentina - Maria Belen Sarquis

9) Turkey - Zehra Topel

10) USA - Rusudan Goletiani

11 FAKTA MENGENAI YOUTUBE




1. Youtube didirikan pada bulan Februari 2005 oleh 3 orang bekas kakitangan PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.

3. Video terawal yang diUpload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Hingga saat ini video tersebut masih dapat disaksikan di Youtube.

4. Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum "official launching" yang dilaksanakan pada bulan November 2005.

5. Pada Julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan, tercatat 65.000 video baru diUpload ke Youtube setiap hari, dengan 100 juta views sehari.

6. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah website dengan nama yang hampir serupa, www.utube.com. Pemilik website tersebut, Universal Tube & Rollform Equipment, mengajukan tuntutan terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan oleh orang yang mencari video di YouTube.

7. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube pada harga US$ 1,65 Billion.

8. Pada tahun 2007 Youtube telah menghabiskan Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000.

9. Pada bulan jun 2008 majalah Forbes memberitahu bahwa pendapatan Youtube selama tahun 2008 diperkirakan mencapai US$ 200 juta.

10. Pada tahun 2008 Youtube mendapat penghargaan George Foster Peabody Award kerana telah menjadi Speakers Corners dan turut berjasa dalam pengembangan demokrasi dan kebebasan berpendapat.

11. Ketika ini Youtube menjadi website pembekal Video online paling dominan di Amerika syarikat, bahkan mungkin di dunia, dengan menguasai 43 peratus pasaran. Hasil kejadian yang dijalankan hampir 20 Jam durasi video diUpload ke Youtube setiap minit dengan 6 juta views setiap hari.

Thursday, August 18, 2011

37 FaKtA MeNgEnAi LeLaKi




  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka  cantik tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.





  • Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.





  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.





  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.





  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.





  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.





  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.





  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.





  • Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.





  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.





  • Lelaki juga akan menangis.





  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.





  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.





  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.





  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.





  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’





  • Lelaki amat sayang ibu mereka.





  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.





  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.





  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.





  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.





  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.





  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.





  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.





  • Lelaki lebih banyak berfikir.





  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.





  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.





  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.





  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.





  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.





  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.





  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.





  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.





  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.





  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.





  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.





  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
  • Wednesday, August 17, 2011

    Aku tak sempurna Kau Tak Sempurna



    Aku ingin mengenalmu dengan sempurna
    Tanpa bercinta yang saat ini perkara biasa orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi dan keluarga. Kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir bagi sesuatu perkenalan, namun sebenarnya awal  dari perkenalan. Aku memang tidak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita halal untuk saling mengenal.
    Aku ingin melamarmu dengan sempurna
    Tanpa pertukaran hadiah valentine’s day terlebih dahulu seperti yang orang lain . Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan diriku dan keluargaku kepada keluargamu. Semoga tercipta keharmonian kerzna menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tidak mampu memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita gunakan bersama.
    Aku ingin menikahimu dengan sempurna
    Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, sahabat, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri, dalam haru yang tercipta berjaya mendirikan sebuah lagi masjd. Aku memang tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita. Sesungguhnya pernikahan bukanlah fasa terakhir dalam perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju Syurga-Nya.
    Aku ingin mencintaimu dengan sempurna
    Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.
    Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna
    Tanpa banyak terpengaruh perkara yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkahlaku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadis pengiring liku hidup kita. Aku memang tidak dapat membuatkan mu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana keadaan dan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kerisauan mu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.
    Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna
    Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melalui mu, lahirlah buah hati kecil pelengkap hidup kita. 
    Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan  sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...